Hujan lebat diramal berterusan


Hujan lebat diramal berterusan

-Bernama & Berita harian

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Perak, Kedah dan Perlis dijangka berterusan sehingga esok, sekaligus boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat peringkat jingga, iaitu hujan monsun sederhana, sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.

Keadaan itu dijangka berlaku di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian di Perak Utara, Kedah dan Perlis.Sementara itu, jabatan itu turut mengeluarkan nasihat hujan peringkat kuning di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dari semasa ke semasa di Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Selasa depan.

Keadaan itu boleh juga menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah berdekatan tebing sungai.

Hujan lebat peringkat kuning ialah kemungkinan berlaku hujan monsun dalam tempoh 24 sehingga 48 jam. - Bernama

Previous
Next Post »