RX8=FOB Price US$7,300- Kalau lah harga kereta MALAYSIA cukai rendah~~



Memang best bila tengok kereta sport dan mewah. Harga dalam 118-200 ribu di MALAYSIA, Hanya menjadi RM30 ribu sahaja jika beli terus dari jepun bagi kereta RX8 ni. pengangkutan n cukai dalam area 30-40ribu. Kalau tak de ape2 halangan memang lagi murah dari kereta 2nd hand RX8 di Malaysia. Contohnya kereta ni yang aku surt kat laman web ni:
http://www.tradecarview.com/used_car/japan%20car/mazda/rx-8/347889/
Kat bawah ni ade contoh kiraan. tapi lupa pulak amik kat blog mane, pape pon kredit to him.


Panduan Cukai

Soal jawab panduan cukai ini saya petik dari laman web Jabatan Kastam dan Eksais Di raja Malaysia. Ia memberi maklumat penting mengenai prosedur membawa masuk barang-barang bercukai dari luar negara.

Untuk melihat dokumen asal sila lawati http://www.customs.gov.my dan susuri link FAQ.

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai prosedur kastam dan cukai impot, anda boleh menulis kepada JK&E di e-mail;

kastam@hq.rced.gov.my


1. Saya menulis bagi pihak pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri. Kami telah berada di luar negeri hampir 4 tahun dan akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Kami ingin bertanya adakah barangan persendirian kami seperti buku-buku, pakaian, dan sebagainya akan dikenakan cukai apabila dihantar balik ke Malaysia?

Barangan anda boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif no. 9800.00 400 sebagai "barangan persendirian terpakai (used personal effects)" di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996. Barangan yang dipenjeniskan di bawah kod tarif tersebut tidak dikenakan duti import dan cukai jualan. Bagaimanapun ungkapan "barangan persendirian terpakai" hanya meliputi barangan bimbit yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Barangan tersebut diimport bersama atau dalam bagasi pengimport berkenaan;
  • Barangan tersebut telah digunakan dengan kerap dan diguna sendiri oleh pengimport berkenaan sebelum pengimportan berlaku dalam tempoh masa yang manasabah seperti yang ditentukan oleh pegawai kastam yang bertugas; dan
  • Barangan tersebut diimport untuk kegunaan sendiri dan akan sering digunakan.

Dengan kata lain pakaian, buku-buku dan lain-lain barangan peribadi yang telah digunakan di luar negeri boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif di atas.

2. Saya ialah warganegara Malaysia yang kini sedang bekerja/ belajar di luar negeri. Saya bercadang untuk membawa balik kereta yang telah saya beli di sana ke Malaysia selepas kontrak pekerjaan/ pengajian saya tamat. Bolehkah tuan beritahu prosedur membawa balik kereta tersebut dan berapakah cukai kastam yang akan dikenakan?

Kereta import (sama ada baru atau terpakai) dikenakan duti import dan cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996 dan nilai duti tersebut dikira berdasarkan nilai transaksi. Berikut adalah kadar duti yang dikenakan atas kereta (menggunakan petroleum) yang diimport:

Kapasiti

Duti Import

Cukai Jualan

Tidak melebihi 1,000 cc

140%

10%

Melebihi 1,000 cc tetapi tidak melebihi 1,500 cc

140%

10%

Melebihi 1,500 cc tetapi tidak melebihi 1,800 cc

140%

10%

Melebihi 1,800 cc tetapi tidak melebihi 2,000 cc

170%

10%

Melebihi 2,000 cc tetapi tidak melebihi 2,500 cc

200%

10%

Melebihi 2,500 cc tetapi tidak melebihi 3,000 cc

250%

10%

Melebihi 3,000 cc

300%

10%

Selain itu, pengimportan kereta memerlukan permit import yang perlu dimohon daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sebelum pengimportan dibuat di mana beberapa syarat dikenakan.

Berkuatkuasa mulai dari 18 September 2000, kriteria yang diperlukan bagi mendapat pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar diluar negara adalah seperti berikut:-

  • Pemohon berada diluar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1 tahun;
  • Kereta mesti didaftarkan atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
  • Perlindungan insuran atas nama pemohon sekurang-kurangnya 9 bulan di luar negara;
  • Mempunyai lesen memandu yang sah (lesen percubaan tidak digunapakai); dan
  • Kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh belajar/bekerja di luar negara.

Anda boleh memohon permit dengan melengkapkan borang J.K. 69. Borang tersebut boleh dibeli daripada kedai buku utama atau Percetakan Nasional Malaysia Berhad*, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangannya. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen sokongan berkaitan (salinan asal dan fotokopi) seperti Pasport Antarabangsa, Kad Pendaftaran Kenderaan, Polisi Insuran, dokumen eksport, dan sebagainya mesti diserahkan dengan tangan kepada pihak MITI.

Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan di atas, sila hubungi:-

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI),
Tingkat Bawah, Blok 10,
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,
Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur

Tel : 603-651-6022 / 603-651-0033 / 603-651-8044
Fax : 603-651-3012
Website: http://www.miti.gov.my/

3. Setelah beberapa tahun tinggal di luar negeri, kami akan kembali untuk menetap di Malaysia. Kami bercadang untuk membawa balik barangan rumah sekali. Apakah syarat dan cukai yang dikenakan atas barangan rumah seperti perabut, pinggan mangkuk, barangan elektrik, pakaian, buku-buku dan sebagainya yang dibawa balik itu?

Barangan seperti di atas boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif no. 9800.00 500 sebagai "barangan rumah terpakai (used household effects)" dan barangan tersebut tidak dikenakan apa-apa duti kastam di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996. Bagaimanapun ungkapan "barangan rumah terpakai" hanya meliputi barangan terpakai yang dipunyai atau dimiliki oleh pengimport yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Pengimport berkenaan merupakan pemilik barangan rumah terpakai tersebut;
  • Barangan tersebut telah menjadi hak miliknya dan telah digunakan untuk tempoh tidak kurang dari tiga bulan;
  • Pengimport berkenaan tidak akan melupuskan barangan tersebut dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pengimportan; dan
  • Pengimport berkenaan berpindah dari tempat kediamannya di luar Persekutuan ke satu tempat kediaman dalam kawasan Persekutuan.

4. Adakah Tarif Duti Kastam Malaysia boleh diperolehi dalam bentuk ‘elektronik’ dan jika ada, di manakah boleh saya mendapatkannya?

Tuan boleh melayari Pengkalan Tarif Duti Kastam Malaysia melalui Pengkalan Tarif APEC di http://www.apectariff.org/ untuk mencari maklumat berhubung dengan tarif seperti kod tarif yang mungkin dan kadar duti terlibat bagi sesuatu barangan itu.




Previous
Next Post »