11 Lagi Mati Di Thailand Akibat H1N1 Dalam Tempoh Seminggu



02 September, 2009 16:39 PM

BANGKOK, 2 Sept (Bernama) -- Sebelas orang lagi mati akibat virus Influenza A (H1N1) di Thailand dalam tempoh seminggu lepas.

Kementerian Kesihatan Awam pada Rabu mengumumkan jumlah kematian meningkat kepada 130 orang sejak kes pertama dilapor di sini pada April.

Timbalan setiausaha tetap kementerian Paijit Warachit berkata jumlah mereka yang dijangkiti virus itu di negara ini mungkin lebih tiga juta orang.

Kerajaan Thai berharap untuk mengeluarkan vaksin mereka sendiri menjelang akhir tahun ini dan Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) kini menjalankan usaha itu dengan menggunakan vaksin benih virus yang diimport dari Russia.

Pelan itu akan mula diuji terhadap manusia pada 21 Sept, dan jika berjaya beberapa syarikat telah menunggu untuk mengeluarkan 20 juta dos vaksin untuk memerangi wabak selesema itu.

-- BERNAMA
Previous
Next Post »