H1N1: 192 pesakit baru dengan ILI, tiada kematian



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaporkan 192 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) dimasukkan ke hospital sehingga jam 9 pagi tadi, dan tiada kematian dicatatkan akibat wabak virus Influenza A (H1N1) sepanjang tempoh itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 163 kes sudah didiscaj dan menjadikan baki kes ILI yang masih dirawat di 80 hospital termasuk 11 hospital swasta kepada 677 orang.

Beliau berkata, daripada jumlah yang dirawat, hanya 150 pesakit atau 22 peratus disahkan H1N1, hasil daripada ujian makmal.

katanya, daripada jumlah pesakit H1N1 yang dirawat, 25 kes (17 peratus) ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua kemasukan baru dan tiga kes sudah didiscaj hari ini.

“Tiada kematian H1N1 didaftarkan hari ini di Malaysia. Manakalan, di peringkat global pula, laporan terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertarikh 18 September 2009, memaklumkan bahawa jumlah kes H1N1 keseluruhan dunia melebihi 296,471 dengan kematian sekurang-kurangnya 3,486 kes,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kementerian di Putrajaya, hari ini.

Bagi 23 kes H1N1 (92 peratus) yang dirawat di ICU mempunyai faktor risiko seperti kanak-kanak bawah 5 tahun dengan lapan kes, penyakit kronik (5), obesiti (5), penyakit respiratori kronik (3), hamil (1) dan warga emas ke atas 65 tahun (1).
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Roslan Daud
admin
September 24, 2009 at 8:42 PM ×

Secara teorinya, memang kenaikan gaji akan mampu merangsang pertumbuhan ekonomi. Apabila gaji bertambah, perbelanjaan juga akan bertambah. Mungkin juga tabungan akan bertambah. Wang akan mengalir semula dalam kitaran ekonomi. Jadi kenaikan gaji memang voleh merubah ekonomi semasa. Hal ini cukup jelas. Tapi mungkin agak lambat bagi majikan untuk menerima hakikat ini atau menambah gaji pekerja atas faktor tekanan ekonomi sekarang.

Congrats bro Roslan Daud you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar